Sebagai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, persedian yang rapi sejak dari Malaysia lagi harus dibuat supaya memudahkan urusan kemasukan anda ke universiti. Di sini kami menyediakan beberapa cadangan perkara asas yang perlu diutamakan.
1) Dokumen-dokumen penting
• Pasport beserta salinan
• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga (jika perlu)
• Salinan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Medical Report dan x-ray (jika perlu)
• Acceptance / Offer Letter
• Gambar berukuran passport (sebaiknya 10 keping)
• Surat-surat penting berkaitan penajaan.
** Walaupun bukan semua dokumen ini penting, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk menyediakan semuanya bagi memudahkan urusan anda kelak.
2) Pakaian
• Pakaian biasa dan selesa untuk dipakai dalam kehidupan seharian, pakaian yang sesuai untuk ke kelas. Kemas dan menutup aurat.
• Pastikan kasut yang dibawa sesuai dengan semua keadaan dan selesa. Kasut tutup, kasut hitam dan sukan.
• Sweater (jika perlu) dan selimut nipis. Pakaian dan peralatan musim sejuk boleh didapati di Jordan dengan harga yang berpatutan.
• Alatan peribadi seperti tuala, berus gigi, sabun dan sebagainya boleh dibawa untuk permulaan. Ada banyak dijual di Jordan.
• Al-Quran, sejadah dan keperluan ibadah lain.
Klik sini (Senarai pakaian untuk pelajar Lelaki)
Klik sini (Senarai pakaian untuk pelajar Perempuan)
Senarai barang yang dirasakan TAK PERLU dibawa :
3) Makanan
Pelajar-pelajar Malaysia di Jordan kebiasaannya memasak sendiri di rumah kerana dapat mengikut citarasa sendiri di samping dapat berjimat-cermat. Tiada kedai menjual makanan yang mempunyai pelbagai rasa seperti di Malaysia. Hanya di jual makanan yang biasa di makan masyarakat arab di sini.
Di sini disertakan list barang yang berkaitan disyorkan untuk dibawa dari Malaysia memandangkan makanan-makanan tersebut tiada dan sukar didapati di sini.
Klik sini (List makanan dan barangan dapur yang dicadangkan)
4) Lain-lain
• Komputer Riba (Laptop) dan external hard disk jika perlu untuk memudahkan urusan ulangkaji , slide dan nota serta pencarian maklumat di internet. Sebaiknya di bawa dari Malaysia memandangkan di Jordan tak banyak pilihan dan agak mahal.
• Ubat-ubatan asas seperti panadol dan minyak angin serta lain-lain untuk kegunaan kecemasan

- Winter coat (kalau bawa nanti beg berat dan penuh)
- Kasut boot
- Stokin kaki cotton
- Stokin tangan
- Slipar toilet/slipar untuk dipakai dalam rumah
- Sweater tebal
- Toiletries (hanya bawa untuk permulaan)
*barangan di atas tak perlu dibawa kerana banyak dijual di Jordan. Terdapat pelbagai jenis dan pilihan dengan harga yang berpatutan.
3) Makanan
Pelajar-pelajar Malaysia di Jordan kebiasaannya memasak sendiri di rumah kerana dapat mengikut citarasa sendiri di samping dapat berjimat-cermat. Tiada kedai menjual makanan yang mempunyai pelbagai rasa seperti di Malaysia. Hanya di jual makanan yang biasa di makan masyarakat arab di sini.
Di sini disertakan list barang yang berkaitan disyorkan untuk dibawa dari Malaysia memandangkan makanan-makanan tersebut tiada dan sukar didapati di sini.
Klik sini (List makanan dan barangan dapur yang dicadangkan)
4) Lain-lain
• Komputer Riba (Laptop) dan external hard disk jika perlu untuk memudahkan urusan ulangkaji , slide dan nota serta pencarian maklumat di internet. Sebaiknya di bawa dari Malaysia memandangkan di Jordan tak banyak pilihan dan agak mahal.
• Ubat-ubatan asas seperti panadol dan minyak angin serta lain-lain untuk kegunaan kecemasan
Bawa mengikut keperluan diri ( sebagai contoh sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yang spesifik, maka bawalah ubat yang diperlukan untuk penyakit tersebut) ubat-ubat asas seperti panadol, clarinase dan sebagainya ada dijual di Jordan. Minyak-minyak seperti gamat, afiat, panas dan sebagainya, SILA BAWA dari Malaysia !
• Pengetahuan asas computer, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab sangat penting untuk dikuasai memandangkan sebelum bermula sesi pembelajaran anda akan menduduki ujian kelayakan bagi menilai tahap prestasi anda.
TAMBAHAN UNTUK PELAJAR PERSENDIRIAN
WANG
• Pada surat tawaran yang diterima, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesyorkan anda membawa 3000 USD untuk urusan pembayaran yuran, tetapi hakikatnya tidak mencukupi kerana jumlahnya adalah lebih kurang 5000 USD.
• Bagi urusan pembayaran yuran, pihak universiti hanya menerima duit tunai sahaja. Oleh itu, ada beberapa cara yang disarankan untuk memudahkan urusan :
A) Menggunakan perkhidmatan Money Transfer melalui Western Union.
B) Membawa duit secara tunai (dalam matawang USD atau EURO kerana Ringgit Malaysia tidak diterima di sini)
C) Menggunakan ATM Bank dan mengeluarkannya menggunakan ATM di Jordan. Antara kad bank yang boleh digunakan ialah Maybank, HSBC, CIMB (pastikan kad sudah diinternationalkan). Dan pengeluaran maksimum sehari adalah sebanyak 500 Dinar Jordan sahaja. Namun cara ini ia tidak disyorkan kerana agak memakan masa serta wujud masalah duit tidak ditunaikan.
D) Traveller’s Cheque dan Bank Cheque tidak diterima sama sekali oleh pihak universiti.
Traveller's cheque : SANGAT digalakkan untuk menukar terus traveller's cheque tersebut di Malaysia sekiranya anda telah pun diberi traveller's cheque oleh penaja. Hal ini kerana, kebelakangan ini, kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran untuk menukar cheque tersebut kerana terdapat masalah pada bank di jordan.
Peringatan penting!
Tambahan:

- Pada kebiasanya sebelum berangkat, anda diberi taklimat pra-penerbangan dari pihak penaja masing-masing. Anda juga akan diberikan elaun bulanan untuk 3 bulan pertama bersama beberapa elaun lain. Pastikan anda menjaga keselamatan wang anda.[bagi tajaan JPA dan MARA]
- Pastikan barang anda tidak melebihi had muatan barang yang ditetapkan oleh pihak penerbangan bagi mengelakkan caj tambahan.
Tambahan:
*Semua permohonan hendaklah melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Jordan. Sebarang permohonan dari pemohon yang tidak melalui pihak-pihak tersebut, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dalam pengurusan kemasukannya ke universiti-universiti di Jordan.
14 comments:
salam, maaf bertanya . kalau untuk persendirian kena bawak 5000 usd dalam bentuk cash ? tak bahaya ke?
5000 usd ni utk pelajar yarmouk ke? bukan yg ambil syariah ,yuran mereka lebih murah ke?
wasalam..5000 usd ni boleh terus masuk dlm bank..so x delah bahaya..nanti bila dh sampai sini baru keluarkan duit tersebut di bank mengikut kegunaan..
5000 usd bkn utk yuran sahaja tp sekali dgn perbelanjaan barang keperluan bila student2 baru datang sini..
bagaimana pula dgn sistem bayaran utk yuran? adakah dgn cara berperingkat atau sekali gus? berapakah anggaran wang perlu dibawa pada permulaan jika 5000USD itu dibahagikan secara berperingkat atau dibahagikan mengikut mingguan.
yarmouk pon kne bwk 5000 usd ke?
Assalamualaikum..nk tanya..kt kelas nnti mmg kena pakai kasut tutup waran hitam ke?kalau warna lain x bleh ke??syukran..
Untuk ke kelas. semua jenis kasut boleh dipakai. seeloknya kasut bertutup utk lebih kemas. tak semestinya warna hitam shj. boleh juga pakai sandle.
owh..ok..syukran..
sistem bayaran yuran adalah secara sekaligus.di sini tiada bayaran yuran secara berperingkat.
utk yarmouk tidaklah di wajibkan utk bawa 5000 usd tp kami menggalakkan sbb ia dpt memudahkan bakal2 student baru ini utk membayar yuran jamiah,sewa rumah,membeli peralatan dll tp jika rasa 5000 usd tu banyak sangat bolehlah utk membuat pengiraan sblm dtg.boleh tengok utk di link ni utk kira bajet tp diharapkan dpt membawa lebih utk urusan lain juga seperti iqamah(visa) yg memerlukan duit.
1. http://spbpermai1213.blogspot.com/2012/08/kos-pengajian-uni-yarmouk-dan-just.html
2.http://spbpermai1213.blogspot.com/2012/08/kos-sara-diri-di-jordan_16.html
3.http://spbpermai1213.blogspot.com/2012/08/pendaftaran-dan-imtihan-kafaah-uni.html
5000usd tu brp rgit mlaysia?
5000 USD lebih kurang RM 15,800.
5000 usd untuk berapa sem? ke untuk satu thun?
Salam, boleh makumkan bagi pelajar tajaan mara, bank manakah yang perlu dibuka untuk kemudahan elaun serta paling mudah untuk penghantaran wang. Terimakasih
assalam..nk tnye..kalo kite dah apply dgn kpt ni mmg konfem k dpt smbg jordan..?
mcm mne kalo xdpt..ade care lain nk smbg jordan.?
pelajar persendirian tu mcm mne.?
syukran..
Post a Comment