1) Placement Test Exam (Imtihan Kafaah)
Yarmouk : Imtihan Kafaah Yarmouk
JUST : Imtihan Kafaah JUST
2) Kos Sara Diri (duit banyak mana perlu & sewa rumah..)
Klik : Kos Sara diri di Jordan
3) Barang perlu di bawa ke Jordan
Klik : Persediaan Sebelum ke Jordan
4) Kos pengajian di Irbid, Jordan
5) Di Universiti Yarmouk, adakah perlu atau wajib menghafal Quran ?
InsyaAllah ada tapi hanya untuk pelajar jurusan syariah dan bukannya hafal satu quran. Ada subjek tilawah 1, 2 & 3.
Setiap satu subjek perlu hafal 2 juzuk sahaja.Jadi keseluruhannya hanya ada 6 juzu' sahaja yang perlu dihafal.
6) Mohon terangkan serba sedikit macam mana cara pembelajaran di kuliah ekonomi Universiti Yarmouk ? Belajar dalam Bahasa Arab atau English ?
Semua subjek dalam kos ini adalah dalam bahasa Arab kecuali beberapa subjek sahaja dalam English.
7) Nak tanya pengalaman masa mula-mula start kuliah (nak faham penerangan dari doktor yang cakap full bahasa Arab).
University Yarmouk fully arab. Tapi InsyaAllah mudah nak faham. Kebanyakan doktor akan cakap bahasa Arab fushah (yang macam kita belajar kat Malaysia tu). Cuma ada sesetengah akan cakap Arab ammi (bahasa pasar)
Jangan risau, mula-mula memang susah sikit nak faham. Tapi dalam seminggu dua sudah boleh catch up InsyaAllah. Doktor-doktor di sini baik-baik. Kalau tak faham, angkat sahaja tangan. nanti doktor ulangkan.
8) Senarai nama pelajar-pelajar dari Malaysia ni pihak Yarmouk dah dapat ke belum ?
Senarai nama yang kami (Team SPB Permai 2012/2013) dapat adalah daripada MSD melalui KPT Malaysia, bukan dari Universiti di Jordan. Kiranya, nama-nama tu masih lagi diproses oleh Universiti di Jordan. Ada beberapa kebarangkalian
a) Diterima
b) Ditolak
c) Diterima tetapi bukan di Irbid, Jordan tetapi di tempat lain (Mu'tah, Mafraq etc)
Senarai nama yang kami dapat bukan confirmation untuk apa-apa. Hanya sekadar jangkaan maksimum yang bakal tiba ke Irbid sebagai persediaan untuk Team SPB sendiri. Senarai tu hanya untuk urusan kerja Team SPB semata-mata. Kami tiada kuasa langsung untuk keluarkan offer letter memandangan Team SPB hanyalah sekumpulan pelajar yang akan membantu lancarkan urusan di Irbid secara sukarela.
9) Andaikan kita dipanggil untuk sertai BTN, adakah kita juga akan dapat panggilan ke Jordan ?
Belum tentu. Dua perkara yg berbeza (dipanggil ke BTN & dipanggil ke Jordan). Untuk surat panggil ke Jordan, perlu tunggu offer letter dari KPT.
10) Markaz lughah memang wajib ambik semua ? Walaupun kita ni ambil kos Bahasa/Diploma Bahasa Arab ?
Pelajar tajsir (twinning/bridging programme) tidak perlu ambil. Pelajar selain dari tajsir, wajib.
11) Memang semua pelajar tahun satu perlu tinggal di asrama ke ? Sebab ada senior-senior sana tanya nak tinggal asrama/rumah sewa dengan senior ? Boleh pilih roomates sendiri atau Permai tentukan ?
Untuk makluman, semua rumah di sini, macam rumah flat tu, so satu bangunan ada banyak rumah. Kami panggil "sakan" dan dalam sakan tu ada banyak rumah. Dalam setiap sakan ada bilik, ruang tamu & dapur.
Urusan penempatan, kami(Team SPB PERMAI) sudah tentukan pelajar mana yang akan duduk di mana. Ada sakan yang untuk pelajar JPA/MARA, ada yang untuk Yarmouk student. Setiap satu berbeza bilangan bilik dan harga. Kesemua sakan fully furnished. Berkenaan nak pilih roomates, selepas mesyuarat penyelarasan penempatan, kami akan maklumkan pelajar mana yang boleh pair 2, 3 atau 4 orang satu rumah. Harap bagi kerjasama.
Utk penempatan, kami ada tawarkan untuk senior ambil junior as housemates tapi dalam jumlah yang sangat kecil dan tawaran itu sudah ditutup.
Dalam satu bangunan sakan, akan ada yang terdapat sebilangan kecil Arab dan ada yang fully Malaysian. Kebanyakan juniors akan duduk sakan (asrama) InsyaAllah.
12) Maksimum berapa tahun pengajian di universiti Yarmouk ?
Tahun pengajian yang selalu pelajar Malaysia ambil ialah 4 tahun. Tetapi universiti tidak tetapkan pelajar perlu ambil berapa tahun pun. Yang penting syaratnya, kita dah habiskan semua madah(subjek) yang perlu diambil.
(Contoh: Kuliah Syariah ada(48 subjek) yang perlu dihabiskan)
Markah lulus untuk setiap subjek ialah 50%. Mudah atau tidak hendak lulus itu bergantung pada usaha kita sendiri. Kalau kata senang nak lulus tapi malas study tak jalan juga. Kesimpulnnya rajin-rajinlah baca buku dan jangan ponteng kelas.
13) Di sekitar universiti Yarmouk ATM apa yang mudah didapati ?
Kebanyakan pelajar Yarmouk menggunakan bank HSBC. Walaupun Maybank boleh digunakan juga, tapi ada had pengeluaran duit iaitu tidak melebihi JD 200/day.
Manakala bagi pelajar JUST tajaan, akan buka akaun Standard Charted utk mudahkan urusan penghantaran wang bulanan dari pihak tajaan.
14) Pasal rumah sewa / asrama adakah kita perlu booking sekarang atau bila sampai sana nanti ?
Rumah sewa, Team SPB Permai sudah tolong carikan InsyaAllah. Sampai-sampai sudah ada tempat berteduh, jangan risau.
15) Mintak bagi gambaran awal bila kami mula menjejak kaki di Airport Jordan.
Kalau tarikh flight, airlines dan time arrival sudah di inform pada Team SPB, InsyaAllah ada wakil yang akan jemput anda di Airport untuk ke Irbid. Jangan risau. Yang penting do let us know details regarding your flight.
#p.s : akan ditambah mengikut keperluan
1 comments:
Berapa ramai pelajar msia di yrmk, albait, mu'tah pada masa ini, tahun2014
Post a Comment