Advertise

Thursday, August 16, 2012

Pengenalan Jordan.



Hashemite Kingdom Of Jordan

Jordan ataupun Hashemite Kingdom Of Jordan merupakan sebuah Negara Arab yang terletak di Timur Tengah. Jordan bersempadankan Arab Saudi dan Iraq di sebelah Timur, Syria di sebelah utara, Palestin dan Israel di sebelah barat. Juga bersempadan dengan Mesir di bahagian Selatan melalui teluk Aqabah.

Jordan menjalankan sistem pemerintahan monarki beraja dengan Raja Abdullah II sebagai pemerintah Jordan sejak 9 Jun 1999 selepas ayahandanya, Raja Hussein mangkat.
Jordan merupakan sebuah negara arab moden dengan populasi melebihi 6 juta penduduk. Majoriti rakyat Jordan beragama Islam sunni dan minoritinya beragama kristian. Bahasa rasmi ialah bahasa Arab manakala bahasa Inggeris pula boleh difahami kebanyakan rakyat yang mendapat pendidikan tinggi.
Jordan dikelaskan sebagai sebuah negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi disebabkan pembangunan ekonomi dan negara yang pesat. Ini membuatkan kos hidup di Jordan lebih tinggi berbanding beberapa negara Arab lain.
Jordan adalah sebuah negara kecil yang mempunyai sumber alam yang terhad. Malah, Jordan merupakan negara yang mempunyai sumber air paling sedikit di dunia! Jordan mendapatkan sumber alam asas seperti air bersih dan petroleum daripada negara jiran seperti Iraq, Mesir dan Syria. Raja Abdullah menjalankan dasar ekonomi terbuka menyebabkan kemasukkan pelabur-pelabur asing dan meningkatkan taraf ekonomi Jordan.
Jordan bergantung kepada industri pelancongan untuk meningkatkan ekonomi. Pelancongan menyumbang 10-12% kepada pendapatan ekonomi Jordan. Terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik di Jordan seperti :
  • Petra (Antara 7 tempat ajaib dunia)
  • Laut Mati
  • Gua Ahabul Kahfi
  • Wadi Rum
  • Aqabah
  • Teater Rom 
  • Makam Para Nabi dan Sahabat
  • Medan Perang Mu'tah dan Yarmouk
Wadi Rum
Makan Nabi Nuh, Karak
Medah Perang Yarmouk
    Petra, Jordan

      Laut Mati / Dead Sea 

      1 comments:

      Post a Comment

      Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More