Jordan
merupakan negara yang mempunyai nilai matawang yang agak tinggi berbanding
Malaysia. Harga barangan di negara ini juga sedikit mahal menyebabkan kos sara
diri di Jordan lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Kos keperluan tahun pertama di Jordan |
- Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) melalui Jawatankuasa Kerja Perhubungan dan Penempatan (JKKPP) akan membantu pelajar baru dalam urusan penempatan.
- Ini merangkumi urusan penempatan(sewa rumah) sebaik sahaja pelajar baru tiba dan urusan pembelian barangan asas seperti yang tertera.
- Universiti JUST terletak agak jauh daripada kawasan penempatan pelajar. Oleh itu, pelajar perlu menaiki bas untuk ke universiti.
- Anggaran kos sara diri ini adalah secara kasar. Kebiasaanya, pelajar akan membelanjakan antara JD 200 ke 250 sebulan.
- Pelajar JUST perlu membeli buku teks (contoh : Guyton Medical Physiology, Grants Atlas Of Anatomy dan lain-lain). Buku teks ini akan digunakan sepanjang pembelajaran di JUST. Pelajar perlu membelanjakan antara JD 50 – 100 berdasarkan buku teks yang diperlukan.
- Kebiasaannya, pelajar Yarmouk akan membeli kitab (contoh : Tafsir Al-Munir, Sahih Bukhari, Mughni Muhtaj dan lain-lain) untuk digunakan sebagai rujukan. Ini akan menambahkan lagi kos pelajaran antara JD 100 – 300 berdasarkan kegunaan. Walaubagaimanapun, pihak universiti tidak mewajibkan pelajar untuk memiliki kitab-kitab ini.
--------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah anggaran secara ringkas kos
hidup bagi mantiqah Irbid di mana terdapatnya pelajar Malaysia di Jordan. Harap
dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal hadir ke bumi Jordan ini.
Mantiqah : Irbid
Kos Sara Diri :
- Asrama : JD 65-70 sebuah bilik
- Rumah Sewa : JD 100-300 sebuah rumah sewa (dikongsi 2-4 pelajar)
- Keseluruhan : JD 120-220 sebulan (sara diri + sewa rumah/asrama)
0 comments:
Post a Comment