TIPS-TIPS KESELAMATAN
SETIBANYA DI BUMI JORDAN
Bismillah. Assalamualaikum kepada semua bakal mahasiswa-mahasiswi baru yang tidak lama lagi akan menjejakkan kaki di bumi jordan ini. Di sini di muatkan sedikit sebanyak perkara yang perlu kalian ketahui tentang bumi Jordan ini dari segi keselamatan khususnya. Saya harap kalian mengambil berat tentang hal ini.
KESELAMATAN
TIBA DI QUEEN ALIA INTERNATIONAL AIRPORT:
- Pastikan tiada beg yang tertinggal di lapangan terbang. Awasi beg anda jika ketika itu stesen ketibaan dipenuhi orang.
- Jika ada mana-mana pekerja arab yang menawarkan untuk mengangkat beg, tolak saja. Anda akan dibantu AJK SPB, tidak perlu bantuan pihak lain.
- Elakkan membuka beg tangan atau dompet di khalayak ramai.
TIBA DI IRBID , JORDAN:
Di Kedai Runcit :
- Jika pergi ke kedai runcit untuk membeli barang, bawa wang dalam nilai yang kecil. Elakkan bawa dalam nilai yang banyak.
- Elakkan menunjuk-nunjuk alat eletronik canggih seperti telefon , ipad dan sebagainya.
- Elakkan membuka dompet atau beg tangan di khalayak ramai.
- Pastikan beg tangan anda dipegang erat.
- Beri perhatian pada mana-mana individu yang kelihatan mencurigakan. Jauhi mereka.
Di Rumah :
- Pastikan pintu rumah berkunci 24jam, tidak kira sama ada anda dirumah atau tidak.
- Waktu ketika keluar rumah atau tidur, pastikan tingkap-tingkap tertutup dan berkunci(khususnya rumah bawah tanah @ tingkat 1).
- Jika ada sesiapa yang tidak dikenali (arab)datang, lihat melalui lubang pintu terlebih dahulu dan tanya atau abaikan sahaja.
- Jika ada arab tidak dikenali datang dan menawarkan khidmat contohnya seperti membaiki paip, saluran air , atau sebagainya, jangan layan atau terus hubungi penjaga bangunan.
Di Khalayak Ramai :
- Elakkan menunjuk-nunjuk alat eletronik canggih.
- Elakkan bercakap telefon terlalu lama.
- Elakkan memakai earphone@headphone di khalayak ramai (khususnya perempuan).
- Waktu malam, diwajibkan kepada akhawat @ perempuan untuk berjalan ditemani muraqib. Perkara ini akan diperjelaskan lagi setibanya anda di Irbid , Jordan.
- Jika pergi ke ATM, jangan pergi berseorangan, paling kurang berdua.
- Elakkan melalui jalan-jalan gelap.
- Jika boleh, elakkan daripada keluar lewat malam melebihi jam 11 bergantung pada suasana.
Kes-kes yang sering berlaku kepada pelajar:
-Seluk saku
-Ragut
-Rompakan
-Kecurian
-Pecah masuk rumah
-Penipuan
Disediakan oleh :
Abdul Hafidz Bin Yzel Sumarno,
Ketua Biro Kebajikan & Keselamatan,
SPB Permai 2012/13
INFO PENTING: JIKA BERLAKU SEBARANG PERMASALAHAN , SEGERA HUBUNGI PIHAK BERWAJIB. NOMBOR TELEFON PIHAK INI AKAN DIBERIKAN SEBAIK ANDA TIBA DISINI.
0 comments:
Post a Comment