Advertise

Saturday, August 18, 2012

Mahasiswa Malaysia di Jordan.

Logo Rasmi MPMMJ

Mahasiswa Malaysia Di Jordan.
Mahasiswa Malaysia Di Jordan pada tahun ini (2011) hampir mencecah 1600 orang. Jumlah ini terbahagi kepada 4 Mantiqah(daerah) yang utama iaitu Amman, Mu'tah, Mafraq dan Irbid. Mahasiswa Malaysia di sini menuntut dalam bidang pengajian Islam (Bahasa Arab, Usul fiqh, Usuluddin, Ekonomi dan Perbankan Islam, Pendidikan Islam) dan pengajian sains (Perubatan, Pergigian, Fizik). Tahap pengajian mahasiswa Jordan terdiri daripada Sarjana Muda, Sarjana(Master) dan Doktor Falsafah(PhD).
Berikut merupakan senarai universiti yang mempunyai Mahasiswa Malaysia berdasarkan mantiqah :

Mantiqah Irbid
Mantiqah Mu'tah
Mantiqah Mafraq
Mantiqah Amman

Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Jordan
Mahasiswa Malaysia Di Jordan diletakkan dibawah seliaan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (Education Malaysia Jordan, EMJ), sebuah jabatan di bawah Kedutaan Malaysia Amman.   sebarang urusan berkaitan universiti dan pembelajaran di Jordan boleh dirujuk kepada jabatan ini. Untuk memudahkan pengurusan mahasiswa, beberapa persatuan pelajar ditubuhkan sebagai wakil mahasiswa.
Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
  • Persatuan mahasiswa induk yang berfungsi menyelaras pengurusan Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)

Persatuan Zon (PZ)
  • Berfungsi sebagai wakil mahasiswa di setiap mantiqah
  • Menjaga kebajikan mahasiswa di setiap mantiqah
  • Menyusun aktiviti kemasyarakatan, pembinaan insan dan akademik
Terdapat empat Persatuan Zon di Jordan :

Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)
  • Menjaga kebajikan mahasiswa berdasarkan negeri
  • Mengurus pinjaman, dermasiswa atau bantuan umum pembiayaan pelajaran oleh organisasi negeri
Terdapat 12 Badan Kebajikan Anak Negeri di Jordan :

2 comments:

Jika anda seorang pelajar di Malaysia dan sedang tercari-cari laman web untuk penulisan tesis. Bolehlah visit website ini untuk mendapatkan panduan maklumat penulisan yang terbaik di Malaysia. Cubalah sekarang! Pasti tidak rugi!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More