Bagi pelajar JUST, sebelum memulakan pengajian di semester yang pertama,anda perlu melalui beberapa peperiksaan untuk menilai tahap kemahiran anda dalam perkara berikut:
English:
- Soalan-soalan yang dikemukakan lebih banyak tertumpu pada bahagian Grammar. Berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, soalan-soalan tersebut agak mencabar, maka anda perlu mengetahui tentang grammar, sedalam yang mungkin kerana soalan-soalannya agak mencabar.
- Untuk menjawab soalan tersebut, tiada buku yang khusus. Anda perlu membuat latihan yang banyak atau disarankan untuk meminjam buku-buku English daripada senior untuk melihat bentuk-bentuk soalan.
- Untuk ujian ini, markah lulus adalah 80. Namun begitu, bagi sesiapa yang memperolehi markah 80 dan ke atas, mereka hanya perlu mengambil subjek English 112 semester pertama.
- Manakala bagi yang memperolehi markah 80 dan ke bawah, mereka perlu mengambil subjek English 111 pada semester 1 dan subjek English 112 ketika di semester 2.
- Namun begitu, anda tidak perlu runsing kerana setiap satunya ada kelebihan yang tersendiri. Untuk kumpulan yang pertama, mereka akan mempunyai sedikit masa lapang ketika berada di semester 2. Dan bagi golongan kedua, mereka berpeluang untuk menaikkan mua’ddal thanawi(Peratus tahunan)
Komputer :
- Anda boleh merujuk buku/slides yang dipelajari ketika di INTEC.
- Markah untuk lulus adalah 50,tetapi sangat jarang pelajar malaysia yang tidak lulus.
- Sesiapa yang mendapat markah dibawah daripada 50,mereka perlu mengambil subjek komputer semasa semester 1.
- Sedikit tips jika ada yang perlu mengambil subjek ini:
- Mencari kawan arab yang boleh tolong kerana kebiasaannya doktor(pensyarah) akan berkomunikasi kebanyakannya di dalam bahasa arab.
- Mencari tempat duduk di bahagian depan supaya mudah untuk bertanya kepada doktor.
- Anda akan belajar perkara-perkara asas sahaja . Seperti : cara nk buka folder, shortcut (Ctrl+ Alt ) dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment