Advertise

Selamat Datang Semua!

Selamat datang mahasiswa baru ke Irbid, Jordan

Persediaan Sebelum ke Jordan

Tips-tips berguna dan perlu diambil perhatian semua pelajar baru sebelum tiba ke Jordan.

Kos Sara Diri di Jordan

Penerangan secara ringkas mengenai kos sara diri di Jordan

Soalan Lazim tentang Jordan

Soalan lazim yang ditanya oleh bakal mahasiswa Yarmouk dan JUST. Mesti baca!

Langkah-Langkah Keselamatan Setibanya di Jordan

Perkara yang perlu kalian ketahui tentang bumi Jordan ini dari segi keselamatan khususnya.

Saturday, August 25, 2012

Persediaan Sebelum ke Jordan.



Sebagai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, persedian yang rapi sejak dari Malaysia lagi harus dibuat supaya memudahkan urusan kemasukan anda ke universiti. Di sini kami menyediakan beberapa cadangan perkara asas yang perlu diutamakan.

1) Dokumen-dokumen penting

• Pasport beserta salinan

• Salinan Kad Pengenalan

• Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga (jika perlu)

• Salinan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

• Medical Report dan x-ray (jika perlu)

• Acceptance / Offer Letter

• Gambar berukuran passport (sebaiknya 10 keping)

• Surat-surat penting berkaitan penajaan.

** Walaupun bukan semua dokumen ini penting, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk menyediakan semuanya bagi memudahkan urusan anda kelak.



2) Pakaian

• Pakaian biasa dan selesa untuk dipakai dalam kehidupan seharian, pakaian yang sesuai untuk ke kelas. Kemas dan menutup aurat.

• Pastikan kasut yang dibawa sesuai dengan semua keadaan dan selesa. Kasut tutup, kasut hitam dan sukan.

• Sweater (jika perlu) dan selimut nipis. Pakaian dan peralatan musim sejuk boleh didapati di Jordan dengan harga yang berpatutan.

• Alatan peribadi seperti tuala, berus gigi, sabun dan sebagainya boleh dibawa untuk permulaan. Ada banyak dijual di Jordan.

• Al-Quran, sejadah dan keperluan ibadah lain.

Klik sini (Senarai pakaian untuk pelajar Lelaki)

Klik sini (Senarai pakaian untuk pelajar Perempuan)


Senarai barang yang dirasakan TAK PERLU dibawa :
  • Winter coat (kalau bawa nanti beg berat dan penuh)
  • Kasut boot 
  • Stokin kaki cotton
  • Stokin tangan 
  • Slipar toilet/slipar untuk dipakai dalam rumah
  • Sweater tebal
  • Toiletries (hanya bawa untuk permulaan)
*barangan di atas tak perlu dibawa kerana banyak dijual di Jordan. Terdapat pelbagai jenis dan pilihan dengan harga yang berpatutan.


3) Makanan

Pelajar-pelajar Malaysia di Jordan kebiasaannya memasak sendiri di rumah kerana dapat mengikut citarasa sendiri di samping dapat berjimat-cermat. Tiada kedai menjual makanan yang mempunyai pelbagai rasa seperti di Malaysia.  Hanya di jual makanan yang biasa di makan masyarakat arab di sini.
Di sini disertakan list barang yang berkaitan disyorkan untuk dibawa dari Malaysia memandangkan makanan-makanan tersebut tiada dan sukar didapati di sini.

Klik sini (List makanan dan barangan dapur yang dicadangkan)


4) Lain-lain


• Komputer Riba (Laptop) dan external hard disk jika perlu untuk memudahkan urusan ulangkaji , slide dan nota serta pencarian maklumat di internet. Sebaiknya di bawa dari Malaysia memandangkan di Jordan tak banyak pilihan dan agak mahal. 

• Ubat-ubatan asas seperti panadol dan minyak angin serta lain-lain untuk kegunaan kecemasan
Bawa mengikut keperluan diri ( sebagai contoh sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yang spesifik, maka bawalah ubat yang diperlukan untuk penyakit tersebut) ubat-ubat asas seperti panadol, clarinase dan sebagainya ada dijual di Jordan. Minyak-minyak seperti gamat, afiat, panas dan sebagainya, SILA BAWA dari Malaysia !


• Pengetahuan asas computer, bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab sangat penting untuk dikuasai memandangkan sebelum bermula sesi pembelajaran anda akan menduduki ujian kelayakan bagi menilai tahap prestasi anda.




TAMBAHAN UNTUK PELAJAR PERSENDIRIAN

WANG


• Pada surat tawaran yang diterima, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesyorkan anda membawa 3000 USD untuk urusan pembayaran yuran, tetapi hakikatnya tidak mencukupi kerana jumlahnya adalah lebih kurang 5000 USD.


• Bagi urusan pembayaran yuran, pihak universiti hanya menerima duit tunai sahaja. Oleh itu, ada beberapa cara yang disarankan untuk memudahkan urusan :


A) Menggunakan perkhidmatan Money Transfer melalui Western Union.

B) Membawa duit secara tunai (dalam matawang USD atau EURO kerana Ringgit Malaysia tidak diterima di sini)

C) Menggunakan ATM Bank dan mengeluarkannya menggunakan ATM di Jordan. Antara kad bank yang boleh digunakan ialah Maybank, HSBC, CIMB (pastikan kad sudah diinternationalkan). Dan pengeluaran maksimum sehari adalah sebanyak 500 Dinar Jordan sahaja. Namun cara ini ia tidak disyorkan kerana agak memakan masa serta wujud masalah duit tidak ditunaikan.

D) Traveller’s Cheque dan Bank Cheque tidak diterima sama sekali oleh pihak universiti.
Traveller's cheque : SANGAT digalakkan untuk menukar terus traveller's cheque tersebut di Malaysia sekiranya anda telah pun diberi traveller's cheque oleh penaja. Hal ini kerana, kebelakangan ini, kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran untuk menukar cheque tersebut kerana terdapat masalah pada bank di jordan.


Peringatan penting!

  • Pada kebiasanya sebelum berangkat, anda diberi taklimat pra-penerbangan dari pihak penaja masing-masing. Anda juga akan diberikan elaun bulanan untuk 3 bulan pertama bersama beberapa elaun lain. Pastikan anda menjaga keselamatan wang anda.[bagi tajaan JPA dan MARA]
  • Pastikan barang anda tidak melebihi had muatan barang yang ditetapkan oleh pihak penerbangan bagi mengelakkan caj tambahan.

Tambahan:
*Semua permohonan hendaklah melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Jordan. Sebarang permohonan dari pemohon yang tidak melalui pihak-pihak tersebut, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dalam pengurusan kemasukannya ke universiti-universiti di Jordan.

Wednesday, August 22, 2012

Bidang Pengajian Uni. Yarmouk dan JUST.


Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Pengajian Sains (hanya di Jordan University of Science and Technology) :
  • Perubatan dan Pergigian
  • Fizik
Pengajian Syariah Islam (hanya di Universiti Yarmouk) :
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Usul Fiqh
  • Usuluddin
  • Ekonomi & Perbankan Islam
  • Dirasat Islam                                                                                                                             -Da’wah dan Media
    -Pengajian kekeluargaan
    -Tarbiyah Islamiyah

Program Berkembar
Terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menjalankan program berkembar antara IPT di Malaysia dan IPT di Jordan :
Jordan University Of Science And Technology
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL) : Program Perubatan (Tahun Pertama di UniKL - Tahun kedua dan seterusnya di JUST)
Universiti Yarmouk


Prosedur Permohonan
  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Yayasan Islam Setiap Negeri
Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco perlu menghantar permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Borang permohonan perlu diisi dan dihantar kepada kementerian. Kami mengesyorkan kepada anda untuk menghubungi pihak kementerian secara berkala untuk mengetahui perkembangan permohonan di web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain mendapatkan borang di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), borang permohonan juga boleh didapati di yayasan Islam di setiap negeri.
Kos Sara Diri Dan Yuran Universiti
Anda boleh menganggar kos sara diri di Jordan dan jumlah yuran universiti anda di sini.

Rujukan Lanjut
Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi :


Sumber  : Study In Jordan, Permaijordan.com

Saturday, August 18, 2012

Selamat Datang Semua !


Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog ini diterbitkan untuk membantu dan memberi maklumat berkaitan untuk membantu pelajar-pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran di Jordan, khususnya di Universiti Yarmouk dan Jordan University of Sience and Technology (JUST).

Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan sebelum kedatangan anda ke bumi Jordan.

Untuk Sebarang Pertanyaan dan Persoalan,


Layari laman Facebook kami,

Irbedians (Intake of 2012/2013)

Atau menghubungi,

*Saudara Muhammad Hannan bin Mohd Paudzi
+962 779923670

*Saudara Faizal Nizam bin Mohd Mokhlis
+962 779492309

*Saudari Nur Hashimah binti Halid
+962 776781379

*Saudari Nurul Kauthar binti Mohamad Khari
+962 779187634

Mahasiswa Malaysia di Jordan.

Logo Rasmi MPMMJ

Mahasiswa Malaysia Di Jordan.
Mahasiswa Malaysia Di Jordan pada tahun ini (2011) hampir mencecah 1600 orang. Jumlah ini terbahagi kepada 4 Mantiqah(daerah) yang utama iaitu Amman, Mu'tah, Mafraq dan Irbid. Mahasiswa Malaysia di sini menuntut dalam bidang pengajian Islam (Bahasa Arab, Usul fiqh, Usuluddin, Ekonomi dan Perbankan Islam, Pendidikan Islam) dan pengajian sains (Perubatan, Pergigian, Fizik). Tahap pengajian mahasiswa Jordan terdiri daripada Sarjana Muda, Sarjana(Master) dan Doktor Falsafah(PhD).
Berikut merupakan senarai universiti yang mempunyai Mahasiswa Malaysia berdasarkan mantiqah :

Mantiqah Irbid
Mantiqah Mu'tah
Mantiqah Mafraq
Mantiqah Amman

Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Jordan
Mahasiswa Malaysia Di Jordan diletakkan dibawah seliaan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (Education Malaysia Jordan, EMJ), sebuah jabatan di bawah Kedutaan Malaysia Amman.   sebarang urusan berkaitan universiti dan pembelajaran di Jordan boleh dirujuk kepada jabatan ini. Untuk memudahkan pengurusan mahasiswa, beberapa persatuan pelajar ditubuhkan sebagai wakil mahasiswa.
Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
  • Persatuan mahasiswa induk yang berfungsi menyelaras pengurusan Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)

Persatuan Zon (PZ)
  • Berfungsi sebagai wakil mahasiswa di setiap mantiqah
  • Menjaga kebajikan mahasiswa di setiap mantiqah
  • Menyusun aktiviti kemasyarakatan, pembinaan insan dan akademik
Terdapat empat Persatuan Zon di Jordan :

Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)
  • Menjaga kebajikan mahasiswa berdasarkan negeri
  • Mengurus pinjaman, dermasiswa atau bantuan umum pembiayaan pelajaran oleh organisasi negeri
Terdapat 12 Badan Kebajikan Anak Negeri di Jordan :

Friday, August 17, 2012

Soalan Lazim Tentang Jordan.



1) Placement Test Exam (Imtihan Kafaah)



2) Kos Sara Diri (duit banyak mana perlu & sewa rumah..)



3) Barang perlu di bawa ke Jordan



4) Kos pengajian di Irbid, Jordan



5) Di Universiti Yarmouk, adakah perlu atau wajib menghafal Quran ?

InsyaAllah ada tapi hanya untuk pelajar jurusan syariah dan bukannya hafal  satu quran. Ada subjek tilawah 1, 2 & 3. 
Setiap satu subjek perlu hafal 2 juzuk sahaja.Jadi keseluruhannya hanya ada 6 juzu' sahaja yang perlu dihafal.


6) Mohon terangkan serba sedikit macam mana cara pembelajaran di kuliah ekonomi Universiti Yarmouk ? Belajar dalam Bahasa Arab atau English ?

Semua subjek dalam kos ini adalah dalam bahasa Arab kecuali beberapa subjek sahaja dalam English.


7) Nak tanya pengalaman masa mula-mula start kuliah (nak faham penerangan dari doktor yang cakap full bahasa Arab).

University Yarmouk fully arab. Tapi InsyaAllah mudah nak faham. Kebanyakan doktor akan cakap bahasa Arab fushah (yang macam kita belajar kat Malaysia tu). Cuma ada sesetengah akan cakap Arab ammi (bahasa pasar)

Jangan risau, mula-mula memang susah sikit nak faham. Tapi dalam seminggu dua sudah boleh catch up InsyaAllah. Doktor-doktor di sini baik-baik. Kalau tak faham, angkat sahaja tangan. nanti doktor ulangkan.


8) Senarai nama pelajar-pelajar dari Malaysia ni pihak Yarmouk dah dapat ke belum ?

Senarai nama yang kami (Team SPB Permai 2012/2013) dapat adalah daripada MSD melalui KPT Malaysia, bukan dari Universiti di Jordan. Kiranya, nama-nama tu masih lagi diproses oleh Universiti di Jordan. Ada beberapa kebarangkalian
a) Diterima 
b) Ditolak 
c) Diterima tetapi bukan di Irbid, Jordan tetapi di tempat lain (Mu'tah, Mafraq etc)

Senarai nama yang kami dapat bukan confirmation untuk apa-apa. Hanya sekadar jangkaan maksimum yang bakal tiba ke Irbid sebagai persediaan untuk Team SPB sendiri. Senarai tu hanya untuk urusan kerja Team SPB semata-mata. Kami tiada kuasa langsung untuk keluarkan offer letter memandangan Team SPB hanyalah sekumpulan pelajar yang akan membantu lancarkan urusan di Irbid secara sukarela.  


9) Andaikan kita dipanggil untuk sertai BTN, adakah kita juga akan dapat panggilan ke Jordan ?

Belum tentu. Dua perkara yg berbeza (dipanggil ke BTN & dipanggil ke Jordan). Untuk surat panggil ke Jordan, perlu tunggu offer letter dari KPT.


10) Markaz lughah memang wajib ambik semua ? Walaupun kita ni ambil kos Bahasa/Diploma Bahasa Arab ?

Pelajar tajsir (twinning/bridging programme) tidak perlu ambil. Pelajar selain dari tajsir, wajib.


11) Memang semua pelajar tahun satu perlu tinggal di asrama ke ? Sebab ada senior-senior sana tanya nak tinggal asrama/rumah sewa dengan senior ? Boleh pilih roomates sendiri atau Permai tentukan ?

Untuk makluman, semua rumah di sini, macam rumah flat tu, so satu bangunan ada banyak rumah. Kami panggil "sakan" dan dalam sakan tu ada banyak rumah. Dalam setiap sakan ada bilik, ruang tamu & dapur.

Urusan penempatan, kami(Team SPB PERMAI) sudah tentukan pelajar mana yang akan duduk di mana. Ada sakan yang untuk pelajar JPA/MARA, ada yang untuk Yarmouk student. Setiap satu berbeza bilangan bilik dan harga. Kesemua sakan fully furnished. Berkenaan nak pilih roomates, selepas mesyuarat penyelarasan penempatan, kami akan maklumkan pelajar mana yang boleh pair 2, 3 atau 4 orang satu rumah. Harap bagi kerjasama.

Utk penempatan, kami ada tawarkan untuk senior ambil junior as housemates tapi dalam jumlah yang sangat kecil dan tawaran itu sudah ditutup.
Dalam satu bangunan sakan, akan ada yang terdapat sebilangan kecil Arab dan ada yang fully Malaysian. Kebanyakan juniors akan duduk sakan (asrama) InsyaAllah.


12) Maksimum berapa tahun pengajian di universiti Yarmouk ?

Tahun pengajian yang selalu pelajar Malaysia ambil ialah 4 tahun. Tetapi universiti tidak tetapkan pelajar perlu ambil berapa tahun pun. Yang penting syaratnya, kita dah habiskan semua madah(subjek) yang perlu diambil. 
(Contoh: Kuliah Syariah ada(48 subjek) yang perlu dihabiskan)

Markah lulus untuk setiap subjek ialah 50%. Mudah atau tidak hendak lulus itu bergantung pada usaha kita sendiri. Kalau kata senang nak lulus tapi malas study tak jalan juga. Kesimpulnnya rajin-rajinlah baca buku dan jangan ponteng kelas.


13) Di sekitar universiti Yarmouk ATM apa yang mudah didapati ?

Kebanyakan pelajar Yarmouk menggunakan bank HSBC. Walaupun Maybank boleh digunakan juga, tapi ada had pengeluaran duit iaitu tidak melebihi JD 200/day. 
Manakala bagi pelajar JUST tajaan, akan buka akaun Standard Charted utk mudahkan urusan penghantaran wang bulanan dari pihak tajaan.


14) Pasal rumah sewa / asrama adakah kita perlu booking sekarang atau bila sampai sana nanti ?

Rumah sewa, Team SPB Permai sudah tolong carikan InsyaAllah. Sampai-sampai sudah ada tempat berteduh, jangan risau.


15) Mintak bagi gambaran awal bila kami mula menjejak kaki di Airport Jordan.

Kalau tarikh flight, airlines dan time arrival sudah di inform pada Team SPB, InsyaAllah ada wakil yang akan jemput anda di Airport untuk ke Irbid. Jangan risau. Yang penting do let us know details regarding your flight.


#p.s : akan ditambah mengikut keperluan

Pendaftaran dan Imtihan Kafaah Uni. Yarmouk.


Maklumat berkenaan pendaftaran:
Bagi pelajar tahun satu, anda akan menduduki tiga ujian pencapaian sebelum bermulanya semester.
1.       Placement test ( kafaah )

·         Bahasa arab
·         Bahasa inggeris
·         Computer

-pelajar-pelajar yang lulus ujian kafaah boleh terus mengambil subjek tersebut di jamiah.
-pelajar-pelajar yang gagal, diwajibkan mendaftar madah istidraki.

2.       Pusat bahasa ( markaz lughah )
·         Membaca ( qiraah )
·         Menulis ( kitabah )
·         Mendengar ( istima’ )
·         Lisan ( muhadasah )

-ujian ini diwajibkan pada semua pelajar selain tajsir dan IKIP.
-sekiranya tidak lulus , pelajar diwajibkan untuk mendaftar markaz lughah .
-sekiranya lulus (mustawa 4 ba), pelajar diberi pilihan sama ada untuk mendaftar atau tidak .
-yuran bagi markaz lughah adalah 400 JD.
-pelajar yang mendaftar markaz lughah dibenarkan untuk mendaftar maksimum 6 jam kredit bagi semester tersebut. Iaitu 2 madah.

3.       Ujian al- quran
·         Tajwid dan kelancaran
-pelajar yang gagal perlu mengambil tilawah istidraki.
-pelajar yang lulus boleh terus mendaftar madah tilawah 1.
-pelajar kuliah syariah diwajibkan menghafaz 6 juzuk al-quran dalam 3 madah tilawah yang berbeza.

Organisasi AJK SPB PERMAI 2012/2013.


Penasihat
Ahli Majlis Tertinggi PERMAI 2012/2013

Pengarah
Faizal Nizam bin Mohd Mokhlis
Tahun 4, Usul Fiqh Universiti Yarmouk
+962 779492309
faizal_nizam007@ymail.com

Timbalan Pengarah I
Muhamad Atiff bin Muhamad Noordin
Tahun 5, Pergigian JUST
+962 779669825
muhamadatiff_121190@yahoo.com

Timbalan Pengarah II
Nurul Kauthar binti Mohamad Khari
Tahun 4, Pergigian JUST
+962 779187634
kauthar_91@yahoo.com.my

Setiausaha
Tuan Nadhirah binti Tuan Sembok
Tahun 2, Usul Fiqh Universiti Yarmouk
+962 775377118
nadhi_islamic@yahoo.com

Bendahari
Marwan Bukhari bin A. Hamid
Tahun 2, Usul Fiqh Universiti Yarmouk
+962 775669382
marbu90@gmail.com



Ketua Biro Program
Abdul Hakim bin Awang Nila
Tahun 3, Perubatan JUST
+962 798776003
hakim_thejudge92@yahoo.com

Timb. Ketua Biro Program
Nur Nuha binti Mohd Nazeri
Tahun 4, Pergigian JUST
+962 777715217
ardukinanah@gmail.com



Ketua Biro Data & Maklumat
Muhammad Farhan bin Fisal
Tahun 2, Bahasa Arab Universiti Yarmouk
+962 779923502
farhanfisal_93@yahoo.com

Timb. Ketua Biro Data & Maklumat
Nur Atiqah binti Mohd
Tahun 4, Pergigian JUST
+962 779187243
e_mat1991@yahoo.com




Ketua Biro Penempatan
Zafran Haikal bin Lokman
Tahun 3, Ekonomi dan Perbankan Islam Universiti Yarmouk
+962 779491723
zafranhaikal92@yahoo.com

Timb. Ketua Biro Penempatan
Nurul Balqis binti Mohamed
Tahun 4, Ekonomi dan Perbankan Islam Universiti Yarmouk
+962 779581172
nurul_balqis91@yahoo.com




Ketua Biro Perhubungan & Publisiti
Muhammad Hannan bin Mohd Paudzi
Tahun 2, Usul Fiqh Universiti Yarmouk
+962 779923670
excell_muhammad@yahoo.com

Timb. Ketua Biro Perhubungan & Publisiti
Nur Hashimah binti Halid
Tahun 2, Usul Fiqh Universiti Yarmouk
+962 776781379
hashimahhalid@yahoo.com 




Ketua Biro Persegaran
Muhammad Fathi bin Mohd Ashari
Tahun 2, Usul Fiqh Universiti Yarmouk
+962 776156852

Timb. Ketua Biro Persegaran
Athiroh binti Yaziz
Tahun 4, Usuluddin Universiti Yarmouk
+962 777598995
serikandi_syawal21@yahoo.com.my




Ketua Biro Kebajikan & Keselamatan
Abdul Hafidz bin Yzel Sumarno
Tahun 3, Pengajian Islam (Dakwah) Universiti Yarmouk
+962 779809346
fdz_roon9992@yahoo.com

Timb. Ketua Biro Kebajikan & Keselamatan
'Adnin binti Ibrahim
Tahun 4, Usul Fiqh Universit Yarmouk
+962 779402481
adn_eden@yahoo.com




Ketua Biro Tugas-tugas Teknikal
Shazmie bin Mohammad Nadziri
Tahun 2, Ekonomi dan Perbankan Islam Universiti Yarmouk
+962 776561075
chaz_mie@yahoo.com

Timb. Ketua Biro Tugas-tugas Teknikal
Sarah Athirah binti Saruchi
Tahun 3, Ekonomi dan Perbankan Islam Universiti Yarmouk
+962 775373539
stir_xtreme@yahoo.com




Ketua Biro Hal Ehwal Mahasiswa JUST
Mohd Ikmal bin Abdul Hakim
Tahun 3, Pergigian JUST
+962 777597005
miah3192@yahoo.com

Timbalan Ketua Biro Hal Ehwal Mahasiswa JUST
Nur Tasnim binti Razali
Tahun 3, Medic JUST
+962 775187237
nur_tasnim2001@yahoo.com.sg




Ketua Biro Hal Ehwal Mahasiswa Yarmouk
Yassir bin Roslan
Tahun 2, Usul Fiqh Universiti Yarmouk
+962 779923582
y_asnumaf93@yahoo.com

Timb. Ketua Biro Hal Ehwal Mahasiswa Yarmouk
Siti Hafizah binti Mohd Nazeer.
Tahun 4, ,Pengajian Islam (Dakwah) Universiti Yarmouk
+962 779257244
sunichi_4ever@yahoo.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More